fbpx

Mok Wei Yee

Mok Wei Yee dilahirkan pada 19 JULAI 1996. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam jurusan Bacelor Reka Bentuk (Reka Bentuk Perindustrian) 2016 – kini.
Beliau mula bergiat aktif dalam bidang seni lukis sejak di bangku sekolah lagi dan pernah menyertai pelbagai jenis pertandingan seni lukis, reka bentuk grafik dan teknologi baru.
Hasil-hasil karya beliau banyak menggunakan teknik campuran media, coretan dan kaligrafi. Selain itu, beliau juga banyak terlibat dalam aktiviti seni lukis dan kerja sambilan sebagai seorang pereka freelancer. Beliau turut mengajar seni dan kraftangan untuk kanak- kanak berumur lingkungan 4 hingga 12 tahun di pusat tuisyen seni lukis.

Total: