Siti Nurulfaidah Binti Nazeri dilahirkan pada 24 Mei 1993 di Klang Selangor. Merupakan graduan Master of Fine Art and Technology (2019) dari Universiti Teknologi MARA, Jalan Hj Othman Petaling Jaya Selangor.
Faidah kini sedang menyambung pengajian dalam Doktor Falsafah Seni dan Reka Bentuk di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam Selangor.
Beliau berpengalaman sebagai pensyarah, guru seni, perniagaan seni, muralis dan banyak lagi.
Beliau telah mempamerkan karya seninya di pelbagai galeri seni di seluruh Malaysia seperti galeri Eyes Edge, Galeri Shah Alam, Bangunan MIDF, galeri Port komune, penerbitan Black Box, Galeri Tengku Zahirah, KL Gateway Mall, dan banyak lagi. Sebilangan besar karya seninya dibeli oleh pengumpul seni, guru, dan ahli perniagaan.
Beliau juga telah mempamerkan karya seninya di Saung Banon Arts Studio di Yogyakarta Indonesia. Sekarang, dia memberi tumpuan kepada perniagaan Muralnya.