fbpx

Ieda Mazlan

Ieda Mazlan berasal dari Kuala Lumpur. Lahir pada tahun 1992. Berumur 28 tahun. Ieda adalah seorang ilustrator bebas yang terlibat dalam kolektif-kolektif seperti “Makanan Bukan Periuk Api” iaitu aktivisma yang bergerak khusus menyediakan makanan untuk yang tidak berkemampuan. Ini satu kerja amal bersama kawan-kawan selepas waktu bekerja. Selain itu satu lagi inisiatif yang ditumpukan ialah “Buku Jalanan Keramat” iaitu aktiviti mempromosi, membawa dan mengumpul buku ditempat awam, Kolektif Sarata, Kuala Lumpur Zine Festival iaitu pesta DIY yang mempromosi zine tempatan di Kuala Lumpur dan aktiviti seni jalanan. Inspirasi melukis dalam lukisan beliau selalunya datang dari pemerhatian dan penghayatan semasa, apabila melibatkan diri dengan aktiviti-aktivit yang kolektif. Selalunya karya seni yang dihasilkan menggabungkan bersama kolektif llain. Banyak aktiviti yang pernah beliau sertai bersama seperti pameran seni independen, berkolaborasi dengan kumpulan-kumpulan tempatan dalam acara muzikal santai di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, dan Negeri Sembilan. Beliau percaya bahawa seni adalah senjata untuk mencabar dogma dan terapi.

Total: