Joca atau Johnny Ong Chin Aun adalah seorang introvert kreatif yang banyak berfikir dan ingin mempunyai lebih banyak kebebasan untuk mengkritik pihak berkuasa tanpa rasa takut atau pilih kasih. Berpegang pada: ‘Hidup dengan sederhana dan penuh belas kasihan. Joca kini sudah berusia 57 tahun.
Joca berpengalaman luas dalam bidang periklanan dan komunikasi, 2D dan 3D animasi produksi, editor kartunis dan seni visual yang mencakupi pengetahuan luas selama lebih 30 tahun penglibatan. Beliau Memperolehi pendidikan dari Malaysia Institut of Art dalam jurusan Pereka Grafik dan seni Komersial yang pastinya terlatih dengan pelbagai kemahiran seni dan aplikasi sesuai dengan karier dan kerjaya beliau,
Beliau juga telah menghasilkan 3 buku kartun satira politik iaitu 1Toon Malaysia, Umno-nomics dan Rob n Roll. Pencapaian terbaik Joca ialah dianugerahkan tempat kedua oleh Malay Mail lat Cartoonist Award. Karya seni Joca boleh dilayari di laman Facebook beliau iaitu Johnny Ong Joca.