Dilahirkan dan dibesarkan di Perak, Ariff Rafhan kemudian berpindah ke Terengganu untuk melanjutkan sekolah menengah dan kemudian mendapat ijazah di ITM Shah Alam jurusan teknologi komputer.
Berpengalaman dalam bidang senireka laman web dan multimedia, Ariff juga merupakan seorang pengarah kreatif, artis visual bebas dan seorang kartunis untuk majalah Gila-Gila.
Pernah juga aktif dlam melukis mural dan hasil seninya boleh dilihat di sekitar Klang. Dia juga pernah menyumbang karya dalam beberapa produksi animasi seperti Berita Buster, HR Corporate Animation (Petronas), promosi video Unifi (TM), Coca-cola.
Ariff kini terlibat dalam siri pameran seni di Malaysia, tetapi juga di beberapa negeri jiran. Program seperti Animangaki yang mempamerkan aktiviti membuat sketsa langsung, OZ Comic Con di Sydney, Pasar Komik Bandung, dan filem animasi dari sindiket filem AS.