fbpx

Jonos

Jonos merupakan nama pena kepada Nor Azlin bin Ngah berkecimpung dalam bidang lukisan sebagai seorang pelukis poster wayang, kemudian beralih ke bidang animasi menghasilkan siri animasi TV popular seperti Yokies, Alif, Frootees, Abang Sidi dan sebuah filem animasi, Putih.

Beliau turut melukis kartun berkaitan isu semasa dan satira politik yang disiarkan oleh akhbar Suara Keadilan, Era Pakatan, Buletin Amanah, Wilayahku, majalah Gedung Kartun, Perak Darul Kartun serta Isu Dalam Kartun. Selain melukis, Jonos banyak menjalankan bengkel melukis kartun Buku Asas Melukis Kartun Lengkap yang diterbitkan oleh Marshall Cavendish dan Faber Castel.

Jonos juga telah menghasilkan beberapa animasi pendek yang diterbitkan oleh Zunar dan Studio Padang Bata, KKI, Komas dan Bersih 2.0 dan kini, Jonos menjadi pelukis bebas sepenuh masa dengan membangunkan Studio Jonos yang menyediakan khidmat melukis dalam dan luar negara.

Total: