Haili dilahirkan pada 12 Mac 1969 memperolehi pendidikan grafik dan seni setelah melanjutkan pelajaran dalam bidang grafik di Institut Mensa. Beliau memulakan kariernya sebagai pelukis grafik (Visualiser/ Jr Art Director) di sebuah syarikat pengiklanan terkemuka. Berpengalaman luas sebagai seorang pengurus di bahagian korporat selama 20 tahun namun beliau banyak berkarya secara sambilan di beberapa majalah satira seperti Gila-gila, Batu Api dan Seloka 21. Sejak 1998, beliau jua aktif dalam berkarya yang berkisarkan kartun politik dalam akbar Harakah dan Suara keadilan.
Kini, Haili banyak terlibat dalam beberapa penganjuran pameran berkumpulan bersama Kumpulan Kartunis Independen (KKI) di beberapa buah negeri antaranya Selangor, Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang.