Nur Airynna Sufi Binti Amad Firdaus dilahirkan pada 30 Disember 2011 berusia 9 tahun. Bersekolah di SK Batu Lanchang, Pulau Pinang, Airynna berasal dari Air Itam. Beliau pernah menyertai pelbagai pertandingan seni antaranya mewakili Smart Reader Kids Pulau Pinang dalam Pertandingan Bercerita anjuran Smart Star Search pada 15 Oktober 2017, membuat persembahan solo bermain Ukelele sewaktu Graduation & Concert Smart Reader Kids Farlim, Pulau Pinang pada 5 November 2017 juga menyertai Charity Concert For Hospice Penang Anjuran Jammin Senzation Penang di Dewan Sri Pinang pada 29 November 2017. Selain itu beliau pernah mendeklamasi sajak CAKAR RIMAU sempena Pameran Seni Lukis Kempen Selamatkan Harimau Malaya di Balai Seni Lukis Pulau Pinang pada 8 Mac 2020.
Dalam perjalanan seninya, beliau pernah memenangi MCO Art Competition (Silver Award) anjuran Sprout Art MCO Competition 2020 serta Pertandingan Children Art for COVID-19 dan mendapat tempat kedua.